Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

HATI-HATI VIRUS HFMD

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Kini virus HFMD atau Hand, Foot & Mouth Disease sedang menular dan semakin hangat diperkatakan. Malah ramai kanak-kanak telah dijangkiti penyakit ini. Tetapi harus diingat orang dewasa juga tidak terkecuali.

APAKAH PUNCA HFMD ?

Menurut KKM, Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71).

Virus ini merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah 3-5 hari. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan objek atau alatan permainan yang tercemar dengan virus ini.

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja terutama kanak-kanak bawah umur 10 tahun. Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitaran sesak yang mungkin meningkatkan lagi risiko penyebaran virus ini.

SIMPTOM-SIMPTOM

Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, ulser pada mulut dan lidah. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.

Kebanyakan kejadian penyakit ini tidak serius. Namun ada sesetengah kes membabitkan komplikasi teruk seperti masalah sistem saraf dan jantung. Dapatkan rawatan daripada doktor sekiranya timbul sebarang tanda dan gejala penyakit HFMD pada kanak-kanak agar rawatan yang sesuai dapat diberi.

RAWATAN

Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa 7 ke 10 hari. Bagaimanapun, ada keadaan jangkitan yang menyebabkan komplikasi teruk dan memerlukan rawatan intensif.

Tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit HFMD. Bagaimanapun, rawatan untuk melegakan simptom boleh diberikan kepada pesakit. Ubat demam seperti Paracetamol boleh diberikan bagi mengurangkan suhu badan dan sebagai ubat tahan sakit sekiranya pesakit mempunyai simptom sakit-sakit badan dan sebagainya.

Berkumur dengan air garam juga boleh membantu melegakan kesakitan yang berkaitan dengan lepuh di dalam mulut dan luka pada kerongkong.

Tingkatkan imun anak-anak dengan pemakanan yang baik dan juga supplement yang boleh tingkatkan sistem imun.

PENCEGAHAN

Pada masa ini masih belum ada vaksin untuk mencegah jangkitan HFMD. Bagaimanapun, kita boleh mengawal penyebaran virus ini dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut :

[ALERT] Tips Pencegahan HFMD

✅ Tahukah anda , tempat yang padat seperti pusat membeli belah, pasar malam, kolam renang dan stesyen bas merupakan tempat yang berpotensi untuk penyebaran HFMD.

✅ Ibu bapa di nasihatkan untuk tidak membawa anak di kawasan tersebut untuk mencegah penularan jangkitan HFMD.

✅ Sekiranya anda mahu menggunakan kemudahan di tempat awam seperti,
– Troli di pasaraya/shopping kompleks
– stroller pinjaman
– Taman permainan indoor/outdoor
– Kerusi makan kanak kanak

Pastikan ianya telah dibersihkan terlebih dahulu kerana ia berpotensi untuk menjadi medium penyebaran virus merbahaya ini.

✅ Sentiasa amalkan sanitasi yang baik seperti sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

✅ Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.

Jika perlu, bekalkan anak dengan bekas makanan masing-masing ke sekolah.

✅ Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.

Membersihkan alat permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.

Ketahui tanda -tanda penyakit ini. Ibubapa perlu mengetahui tanda-tanda penyakit HFMD. Dengan itu, anak yang mempunyai tanda jangkitan dapat dibawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal. Ia juga dapat mengelakkan daripada menular kepada kanak-kanak lain.

Tutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin.

 

Bagaimana Shaklee Membantu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut, HFMD?

Meningkatkan sistem imun badan dan kebersihan di dalam rumah serta pakaian.

atau

Tambahan Nutriferon sebagai immune booster.

atau

Basic H boleh dijadikan sebagai peyembur kepada alatan atau permukaan objek yang dipegang oleh anak-anak.

 

1- Nutriferon

– Menguatkan sistem imun badan dengan mengaktifkan interferon tubuh.
– Melindungi tubuh dengan berkesan daripada virus yang boleh menyebabkan HFMD.
– Mengurangkan infeksi bagi yang sudah terkena virus dan meminimumkan rasa tidak selesa.

2- Meal Shakes

– Multivitamin dan mineral dalam bentuk serbuk.
– Ia membantu melengkapkan nutrisi anak-anak.
– Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang akan menguatkan tubuh melawan jangkitan.
– Memberi tenaga kepada anak-anak.
Sesuai untuk anak yang tak selera makan bila terkena penyakit HFMD.

3- Omega Guard

– Membantu mengurangkan inflamasi atau keradangan pada kulit. Boleh bantu kurangkan ruam dan ulser anak.
– Juga boleh menguatkan sistem imun badan anak.

4- Herbal Blend

– Krim untuk kegunaan luaran.
– Boleh disapu pada mulut, tangan dan kaki yang terkena blisters.
– Krim akan membantu kurangkan rasa gatal dan menggaru yang boleh sebabkan ruam jadi makin teruk.

5- Basic H

– Pencuci organik yang boleh digunakan kat rumah. Boleh diguna untuk membersihkan badan anak-anak.
– Selamat diguna tanpa bahan kimia berbahaya.

6- Fresh Laundry Concentrate

– Pencuci fabrik. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian malah ia juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Tidak mengandungi bahan-bahan seperti Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate yang merupakan salah satu bahan perengsa yang disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Semoga info ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda.

Boleh hubungi saya, Zue di 012-5556636

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *